Wednesday 25 November 2009

JEMPUTAN KE PERHIMPUNAN 4X4 TERBESAR MALAYSIA SEMPENA JOHOR INTERNATIONAL RAINFOREST CHALLENGE 2009


Adalah dimaklumkan KELAB RENTAS KEMBARA 4X4 JOHOR menjemput Orenge 4x4 Club bagi menyertai perhimpunan 4x4 terbesar sempena pelancaran Johor International Rainforest Challenge 2009 (RFC 2009) sebagaimana berikut:

Tarikh/Hari: 5hb. November 2009/Sabtu
Masa: 11.00 Pagi sehingga 3.00 Petang
Tempat: Sutera Mall, Johor Bahru

Objektif perhimpunan ini adalah bagi merasmikan acara RFC 2009 dan juga ianya akan direkodkan ke dalam Malaysia Book of Records. Yuran penyertaan bagi setiap kenderaan adalah sebanyak RM20.00 dan setiap peserta akan diberikan sehelai baju, pelekat dan juga sijil penyertaan.

Bersama sama ini kami sertakan borang penyertaan dan segala maklumat lanjut bagi program di atas bagi menjelaskan lagi program tersebut. KELAB RENTAS KEMBARA 4X4 JOHOR amat mengalu-alukan kedatangan dan penyertaan semua pihak dan berharap agar perhimpunan ini dapat dicapai dengan jayanya.

Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan Pengarah Urusetia KELAB RENTAS KEMBARA 4X4 JOHOR En. Aminudin Bin Ali di talian 019-7502022.


p/s Sumber dari orenge 4x4 adventure team

No comments:

Post a Comment